• Home
  • /
  • Notice Under The Personal Data Protection Act 2010
Notice Under The Personal Data Protection Act 2010

This personal data protection notice (“Notice”) is issued by Mayflower Holidays Sdn Bhd -200901001036 (843960-T)(KPK/LN 7367) 2023 (“we”, “us”, “our”).It applies to those whose personal data is collected and processed by us.
Notis perlindungan data peribadi (“Notis”) ini dikeluarkan oleh Mayflower Holidays Sdn Bhd -200901001036 (843960-T)(KPK/LN 7367) 2023 (“kami”).Notis ini terpakai kepada mereka yang data peribadinya kami kumpul dan proses.


For the purpose of this Notice, the terms “personal data”, “sensitive personal data” and “processing” shall have the meaning prescribed in the Personal Data Protection Act 2010 (the “Act”).
Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi”, “data peribadi sensitif” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai makna yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).

 

1.      This Notice serves to inform you and clarifies how your personal data is being processed by us or on our behalf.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan anda dan menjelaskan bagaimana data peribadi anda diproses oleh kami atau bagi pihak kami.

 

2.      You hereby agree and consent that, depending on the nature of your interaction with us, we may gather and collect personal data from you from time to time including your name, identity card/ passport number, gender, race, birth date, telephone numbers, home address, e-mail address, bank account, any sensitive personal data such as physical or mental health or condition, religious beliefs, such other personal data as may be required for the purposes in paragraph 3 below and the personal data submitted or made available by you to us from time to time, by or through the following ways:

Anda dengan ini bersetuju bahawa, bergantung pada jenis interaksi anda dengan kami, kami mengumpul pelbagai data peribadi anda dari semasa ke semasa, termasuk nama, nombor kad pengenalan/pasport, jantina, bangsa, tarikh lahir, nombor telefon, alamat rumah, alamat e-mel, akaun bank, apa-apa data peribadi sensitif seperti kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, agama, data peribadi lain yang diperlukan bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan 3 di bawah dan data peribadi yang anda serahkan atau kemukakan kepada kami dari semasa ke semasa.

 

(a)        during the course of your dealings or commercial transactions/ activities with us;

dalam urusan atau transaksi/aktiviti komersial anda dengan kami;

 

(b)        when you create an account or profile with us and/or submit any form (including purchase order form, application form) for our products/ services;

apabila anda membuka akaun atau profil dengan kami dan/atau menyerahkan sebarang borang (termasuk borang pesanan pembelian, borang permohonan) untuk produk/perkhidmatan kami;

 

(c)        “cookies” (or, internet cookies, browser cookies) when you use or access to our website(s);

“kuki” (atau, kuki internet, kuki pelayar) apabila anda menggunakan atau mengakses tapak web kami;

 

(d)        your purchase of products from us;

apabila anda membeli produk daripada kami;

 

(e)        your use of the services provided by us;

apabila anda menggunakan perkhidmatan kami;

 

(f)         your communications or interactions with us including e-mails; and/or

komunikasi atau interaksi anda dengan kami termasuk e-mel; dan/atau

 

(g)        the information in the public domain.
maklumat dalam domain awam.

 

 

3.      Depending on the nature of business and circumstances, your personal data is necessary to be collected and processed by us or on our behalf (including without limitation):

Bergantung pada jenis perniagaan dan keadaan, data peribadi anda perlu dikumpul dan diproses oleh kami atau bagi pihak kami (termasuk dan tidak terhad pada):

 

(a)        to process your request to purchase or your purchase of our products/ services;

untuk memproses permintaan untuk membeli atau pembelian produk/perkhidmatan kami;

 

(b)        to discharge our duties and obligations (including pre-contractual and contractual) with you as a seller of products or provider of services;

untuk menunaikan tugas dan kewajipan kami (termasuk pra-kontraktual dan kontraktual) dengan anda sebagai penjual produk atau penyedia perkhidmatan;

 

(c)        to provide and deliver our products/ services to you;

untuk menyediakan dan menyampaikan produk/perkhidmatan kami kepada anda;

 

(d)        to enable you to provide goods/ services to us;

untuk membolehkan anda menyediakan produk/perkhidmatan kepada kami;

 

(e)        to communicate with you or to respond to your enquiries;

untuk berkomunikasi dengan anda atau untuk menjawab pertanyaan anda;

 

(f)         to facilitate the resolution of any concern, complaint or issues relating to our products/ services;

untuk memudahkan penyelesaian sebarang kebimbangan, aduan atau isu yang berkaitan dengan produk/perkhidmatan kami;

 

(g)        to administer your participation in any contest, event, programme, roadshow, training or seminar organised by us;

untuk mentadbir penyertaan anda dalam mana-mana peraduan, acara, program, jerayawara, latihan atau seminar yang kami anjurkan;

 

(h)        to provide ongoing information about our events and/or information relating to our business or products/ services;

untuk menyediakan maklumat berterusan mengenai acara kami dan/atau maklumat yang berkaitan dengan perniagaan atau produk/perkhidmatan kami;

 

(i)     to provide new products/ services promotion to you or to provide you with information relating to the products/ services offered by us or our Group including promotional and direct marketing materials;

untuk mengemas kini promosi atau maklumat tentang produk/perkhidmatan baharu yang kami atau Kumpulan kami tawarkan, termasuk bahan promosi dan pemasaran langsung;

 

(j)         to research, develop and improve our products/ services, customer service and customer satisfaction;

untuk menyelidik, membangun dan menambah baik produk/perkhidmatan, perkhidmatan pelanggan dan kepuasan pelanggan kami;

 

(k)        for internal management and administrative purposes including for purposes related to data storage/ record keeping and management;

untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran dalaman termasuk untuk tujuan yang berkaitan dengan penyimpanan data/ penyimpanan rekod dan pengurusan;

 

(l)         to provide information to regulatory or governmental authorities in order to comply with the statutory or government’s requirements;

untuk memberikan maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia atau kerajaan agar mematuhi keperluan berkanun atau kerajaan;

 

(m)      for us to comply with our obligations under any applicable laws and regulations;

untuk kami mematuhi kewajipan kami di bawah mana-mana undang-undang dan peraturan yang terpakai;

 

(n)        to consider applications for employment with us; and/or

untuk mempertimbangkan permohonan-permohonan pekerjaan; dan/atau

 

(o)        for any other purpose incidental or ancillary or in furtherance to the above purposes,

untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan atau lanjutan daripada tujuan yang dinyatakan di atas,

 

(hereinafter referred to as “the Purposes”).

(selepas ini dirujuk sebagai "Tujuan").

 

4.      Please be informed that your personal data may be disclosed to:

Harap maklum bahawa data peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada:

 

(a)        our Group. For the purpose of this Notice, “Group” shall mean Warisan TC Holdings Berhad and its subsidiaries and associated companies, whether present or future;

Kumpulan kami. Bagi tujuan Notis ini, "Kumpulan" bermaksud Warisan TC Holdings Berhad dan anak-anak syarikatnya serta syarikat-syarikat bersekutu buat masa kini atau masa depan;

 

(b)        the relevant governmental, regulatory, supervisory or governing authorities, bodies or agencies over our Group’s business;

pihak berkuasa, badan atau agensi kerajaan, pengawalseliaan, penyeliaan atau pentadbiran yang mempunyai bidang kuasa ke atas perniagaan Kumpulan kami;

 

(c)        our business partners, suppliers, service providers, auditors, accountants, consultants, financial or professional advisers in connection with the Purposes; and/or

rakan kongsi perniagaan, pembekal, penyedia perkhidmatan, juruaudit, akauntan, perunding, penasihat kewangan atau profesional kami yang berkaitan dengan Tujuan tersebut; dan/atau

 

(d)        any other persons that may be relevant to our Group’s business and functions or for us to carry out any of the Purposes.

mana-mana orang lain yang mungkin berkaitan dengan perniagaan dan fungsi Kumpulan kami atau untuk kami melaksanakan apa-apa Tujuan.

 

5.      We are committed to protect your personal data by taking steps including, where practicable, the appropriate administrative, technical and security safeguards and measures to prevent unauthorized access, processing, disclosure, alteration or destruction of your personal data. We also require our employees to ensure that they shall not misuse or perform unauthorised disclosure of your personal data other than for the Purposes.

Kami komited untuk melindungi data peribadi anda dengan mengambil langkah-langkah termasuk, jika berkenaan, perlindungan pentadbiran, teknikal dan keselamatan yang sesuai dan langkah-langkah untuk menghalang akses, pemprosesan, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan data peribadi anda tanpa kebenaran. Kami juga mengkehendaki kakitangan kami untuk memastikan bahawa mereka tidak akan menyalahgunakan atau melakukan pendedahan tanpa kebenaran data peribadi anda selain untuk Tujuan tersebut.

 

Where your personal data is disclosed to any persons outside of our Group for the Purposes, we will require them to comply with the appropriate compliance standards including obligations to protect the confidentiality and security of your personal data.

Apabila data peribadi anda didedahkan kepada mana-mana orang di luar Kumpulan kami untuk Tujuan tersebut, mereka dikehendaki untuk mematuhi piawaian pematuhan yang sesuai termasuk kewajipan untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda.

 

However, you should be aware that no method of transmission over the internet or method of electronic storage is completely secure and free from cybersecurity risks. Notwithstanding that, we strive to protect the security of your personal data and will constantly review our information security measures.

Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik adalah selamat sepenuhnya dan bebas daripada risiko keselamatan siber. Walaupun begitu, kami berusaha untuk melindungi keselamatan data peribadi anda dan akan sentiasa menyemak langkah keselamatan maklumat kami.

 

Depending on the nature of the data/ information to be protected, we are committed to have technical and organisational measures to prevent risks such as destruction, loss, misuse, alteration and unauthorised disclosure of or access to your personal data.

Bergantung pada jenis data/maklumat yang perlu dilindungi, kami komited untuk melaksanakan langkah teknikal dan organisasi untuk mencegah risiko seperti kemusnahan, kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan dan pendedahan atau akses tanpa kebenaran data peribadi anda.

 

6.      Unless otherwise specified by us in writing at the time your personal data is collected, you may be required to supply us with your personal data and you shall ensure that all personal data submitted to us and retained by us are accurate, not misleading, up-to-date and complete in all respects. If you fail to supply to us with the required personal data, we may not be able to carry out the Purposes for which you have provided us the personal data.

Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh kami secara bertulis pada masa data peribadi anda dikumpul, anda mungkin dikehendaki membekalkan kami data peribadi anda dan anda hendaklah memastikan bahawa semua data peribadi yang diserahkan kepada kami dan kami simpan adalah tepat, tidak mengelirukan, terkini dan lengkap dalam semua aspek. Jika anda gagal membekalkan kepada kami data peribadi yang diperlukan, kami mungkin tidak dapat melaksanakan Tujuan yang anda berikan kepada kami data peribadi tersebut.

 

7.      In the event that you make available to us (i) any personal data of a third party, you shall procure and obtain the consent of the relevant third party for the disclosure to and processing by us of their personal data, or (ii) any personal data of an individual who is under the age of eighteen (18) years old, you shall procure and obtain consent from the parent, guardian or person who has parental responsibility on the said individual, failing which, we shall not be held responsible for that.

Sekiranya anda memberikan kami (i) sebarang data peribadi pihak ketiga, anda hendaklah mendapatkan persetujuan pihak ketiga yang berkaitan untuk pendedahan dan pemprosesan data peribadi mereka oleh kami, atau (ii ) sebarang data peribadi individu yang berumur di bawah lapan belas (18) tahun, anda hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas individu tersebut, jika tidak, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas data peribadi tersebut.

 

8.      As and when it is necessary, your personal data may be transferred to, stored, used and processed by the other company within our Group, our computer servers, business partners, suppliers and/or service providers located in a jurisdiction other than Malaysia for the Purposes, and you hereby consent to any transfer of your personal data out of Malaysia.

Apabila perlu, data peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh syarikat lain dalam Kumpulan kami, pelayan komputer, rakan kongsi perniagaan, pembekal dan/atau penyedia perkhidmatan kami dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia untuk Tujuan tersebut, dan anda dengan ini bersetuju untuk sebarang pemindahan data peribadi anda ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.

 

9.      We may retain your personal data for at least seven (7) years or for as long as it is necessary to fulfill the Purposes or the purposes for which it was collected, or as required or permitted by applicable laws, whichever is the later. Thereafter, we will ensure that your personal data is destroyed or deleted in accordance with the Act.

Data peribadi anda mungkin akan kami simpan selama sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun atau selagi perlu untuk memenuhi Tujuan atau tujuan ia dikumpulkan, atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, yang mana terkemudian. Selepas itu, kami akan memastikan bahawa data peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan mengikut Akta.

 

10.   After the submission of personal data to us, you shall have the right to:

Selepas penyerahan data peribadi kepada kami, anda berhak untuk:

 

(a)        request to access to your personal data;

meminta untuk mengakses data peribadi anda;

 

(b)        request to correct or update your personal data;

meminta untuk membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda;

 

(c)        withdraw or limit your consent for us to process, retain or store your personal data. However, such withdrawal of limitation may result in us not being able to perform the Purposes or discharge our obligations to you.

menarik balik atau menghadkan persetujuan anda untuk kami memproses atau menyimpan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, penarikan balik had tersebut boleh menyebabkan kami tidak dapat melaksanakan Tujuan atau menunaikan kewajipan kami kepada anda.

 

We may charge a fee for processing your request as mentioned above and we may refuse to comply with your request for access or correction in accordance with the Act. We may also request supporting documents from you to verify your identity before allowing the request.

Kami mungkin akan mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda seperti yang dinyatakan di atas dan kami mungkin menolak untuk membenarkan permintaan anda untuk mengakses atau pembetulan mengikut Akta. Kami juga mungkin meminta dokumen sokongan daripada anda untuk mengesahkan identiti anda sebelum membenarkan permintaan tersebut.

 

11.   You may use any of the following modes to contact us or submit (i) request for access or correction of your personal data, or (ii) your enquiries or complaints in respect of the processing of your personal data, or (iii) request to cease processing your personal data for the abovementioned direct marketing:

Anda boleh menggunakan mana-mana mod berikut untuk menghubungi kami atau menyerahkan (i) permintaan untuk mengakses atau pembetulan data peribadi anda, atau (ii) pertanyaan atau aduan anda berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda, atau (iii) meminta untuk menghentikan pemprosesan data peribadi anda untuk pemasaran langsung yang dinyatakan di atas:

 

Our Designated Contact Person/ Department:
Orang/Jabatan yang boleh dihubungi

Customer Service Department
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

 

Mailing Addresses:
Alamat Surat-Menyurat:

Menara Mayflower Holidays, 1, Jalan Metro Pudu 1, Fraser Business Park, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telephone No.:
No.Telefon

 


  03-92321888

 

Email Address/ Fax No (if any):
Alamat E-mel/No.Faks(jika ada):

 

cs@mayflower-group.com

 

12.   In the event of any inconsistencies between the English version and the Bahasa Melayu version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Melayu version.

Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Melayu.

 

13.   We reserve the right to amend or update this Notice at any time and the updated Notice will be posted on our website or via any other modes we deem suitable.

Kami berhak untuk meminda atau mengemas kini Notis ini pada bila-bila masa dan Notis yang dikemas kini akan disiarkan di laman web kami atau melalui mana-mana mod lain yang kami anggap sesuai.

 

14.  By providing to us your personal data, or your purchase or continued use of our products or services, you acknowledge that you have read and understood this Notice and agree and consent to the collection, processing and storage of your personal data in accordance with all of the foregoing and such other amendments or update to this Notice.
Dengan memberikan kepada kami data peribadi anda, atau pembelian anda atau penggunaan berterusan produk atau perkhidmatan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi anda mengikut semua pindaan atau kemas kini lain di atas dan lain-lain ke atas Notis ini.